Iklan

Aug 15, 2013

ABANG YAZID DI HKL


Maaf la sedara mara dekat Johor tidak dapat melawat.
Diharap Abang Yazid dapat sembuh dan sihat seperti biasa.
Amin....

Jul 9, 2013

RAMADAN 1434H


Kepada para surfer di tanjung balau, jangan puasa yang yang yuk dah la yer.......

Feb 13, 2013

ANAK KERAPU




Anak kerapu yang dicari dan dijual dengan harga 20 sen seekor.. Anak ikan nie ada bila masa musin tengkujuh saja dan bila ombak besar. Bila air surut , maka anak ikan ini tertinggal di lopak - lopak dekat pantai.

Nak tangkap kena guna sauk yang dibuat sendiri, ikan pulak suka nyorok bawah batu, jadi kena rajin angkat batu - batu yang ada didalam lopak air dan terik ke sauk, kerana ikan ini akan menggikut batu yang kita angkat tadi, tapi kena angkat perlahan dan terik ke arah sauk dimana batu masih lagi didalam air..

Jan 15, 2013

KERANG BERBULU


 Kerang berbulu 5 ekor di bawah, manakala 6 ekor lagi diatas yang kecil itu aku tak pasti kerang jenis apa.

Ramai yang tidak percaya bila aku sebut ada kerang berbulu, maklumla dekat pasar kerangnya semua xda bulu. Jangan ingat yang lucah pulak dh la yer.


Kerang nie terdapat di pantai Tanjung Balau, rajin jugak aku cari. Isinya lagi sedap dari kerang biasa. Tapi kali nie tidak dapat banyak, air surut waktu petang. Jadi sudah hampir gelap, susah nak lihat kerang nie didalam lopak air.

 Kerang yang siap direbus kering.

Saiznya sedang isi pun besar

Siap untuk dimakan

Selamat menjamu selera......