Iklan

Feb 13, 2013

ANAK KERAPU




Anak kerapu yang dicari dan dijual dengan harga 20 sen seekor.. Anak ikan nie ada bila masa musin tengkujuh saja dan bila ombak besar. Bila air surut , maka anak ikan ini tertinggal di lopak - lopak dekat pantai.

Nak tangkap kena guna sauk yang dibuat sendiri, ikan pulak suka nyorok bawah batu, jadi kena rajin angkat batu - batu yang ada didalam lopak air dan terik ke sauk, kerana ikan ini akan menggikut batu yang kita angkat tadi, tapi kena angkat perlahan dan terik ke arah sauk dimana batu masih lagi didalam air..

Jan 15, 2013

KERANG BERBULU


 Kerang berbulu 5 ekor di bawah, manakala 6 ekor lagi diatas yang kecil itu aku tak pasti kerang jenis apa.

Ramai yang tidak percaya bila aku sebut ada kerang berbulu, maklumla dekat pasar kerangnya semua xda bulu. Jangan ingat yang lucah pulak dh la yer.


Kerang nie terdapat di pantai Tanjung Balau, rajin jugak aku cari. Isinya lagi sedap dari kerang biasa. Tapi kali nie tidak dapat banyak, air surut waktu petang. Jadi sudah hampir gelap, susah nak lihat kerang nie didalam lopak air.

 Kerang yang siap direbus kering.

Saiznya sedang isi pun besar

Siap untuk dimakan

Selamat menjamu selera......

Nov 16, 2012

RIP CURL PRO PORTUGAL 2012


Pertandingan sudah lama berakhir, jadi kita lihat video perlawanan akhir diantara Julian Wilson 23 tahun [ Aus ] dengan Gabriel Medina [ Bra ]18 tahun.


Pemenangnya adalah Julian Wilson...

Jadi pada 30 november ini hingga 2 december di pantai batu buruk Terengganu, siapa pula yang akan menjadi juara Rip Curl Pro.....

Oct 18, 2012

RIP CURL PRO BATU BUROK BEACH


Untuk maklumat lanjut sila ke :-


dan untuk lebih lanjut boleh lawat laman web :-

Oct 15, 2012

2012 RIP CURL PRO BATU BUROK TERENGGANU


30 Oct hingga 02 Nov Pantai Batu Buruk Terengganu
Pertandigan Surf Pro anjuran Rip Curl yang pertama diMalaysia.

Sebelum pertandigan berlansung, apa kata kita layan pertandigan akhir rip curl 2012 di bells beach diantara Mick Fanning dari Australia dengan Kelly Slater dari America.

Aug 31, 2012

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Diharap pada para penggunjung pantai tanjung balau berhati ketika mandi manda. Utamakan keselamatan dengar mendengar nasihat abang - abang penyelamat. Kalau lemas nanti susah pulak.

May 1, 2012

SELAMAT HARI PEKERJA


Selamat menyambut hari pekerja kepada semua warga pekerja yang berada di malaysia.
Kepada penggunjung pantai tanjung balau diharap dapat menjaga diri sendiri, keluarga dan kawan - kawan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku dan jangan pula membantah atau melawan nasihat penjaga pantai. Ini semua untuk kebaikan para penggunjung juga.