Iklan

Dec 11, 2010

MANDI MATI LEMAS


Tadi di Buletin Utama 5 orang lagi mangsa lemas kerana mandi di pantai chendering ketika musim tegkujuh. sedangkan telah banyak papan tanda memberi amaran supaya tidak dibenarkan mandi, tetapi mereka tetap degil.

Sebenarnya inilah sikap warga Malaysia. Sebagai contoh di tempat saya, papan tanda amaran tidak dipandang padahal kaum keluarga berkelah bersebelahan papan tanda tersebut, malahan papan tanda menjadi tempat menyidai tuala yang basah.

Kekadang sehingga life guard memberi amaran melalui pembesar suara supaya jangan mandi namun ada saja yang berdegil, mereka memberi alasan pandai berenang, datang dari jauh untuk mandi tapi bila sampai tidak dibenarkan mandi dan bermacam - macam lagi. Namum apabila lemas, life guard jugalah yang menyelamatkan mereka.

Banyak jugak kes lemas di tempat saya, antara kes yang saya ingat apabila pelajar UiTM datang untuk berkelah, sudah tidak dibenarkan mandi namun ada yang berdegil dengan memarahi life guard kerana mereka pandai berenang, namum tidak sampai 1 jam pelajar tersebut lemas iaitu seramia 4 orang namum life guard hanya berjaya menyelamatkan 2 orang saja, baru lah mereka menanggis merayu minta maaf dan berjanji tidak mahu engkar arahan tapi nak buat macam mana 2 orang lagi kawan mereka tidak dapat diselamatkan nyawa nya hanya tubuh badan saja yang dapat diselamatkan.

Datang tempat orang kena dengar cakap orang tempatan,. Jangan kurang ajar buruk padahnya, Nyawa tidak boleh di ganti...