Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Diharap pada para penggunjung pantai tanjung balau berhati ketika mandi manda. Utamakan keselamatan dengar mendengar nasihat abang - abang penyelamat. Kalau lemas nanti susah pulak.
Iklan
Aug 31, 2012
May 1, 2012
SELAMAT HARI PEKERJA
Selamat menyambut hari pekerja kepada semua warga pekerja yang berada di malaysia.
Kepada penggunjung pantai tanjung balau diharap dapat menjaga diri sendiri, keluarga dan kawan - kawan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku dan jangan pula membantah atau melawan nasihat penjaga pantai. Ini semua untuk kebaikan para penggunjung juga.
Feb 27, 2012
LAMAN WEB RASMI TANJUNG BALAU
Permandangan di jeti Tanjung Balau
Untuk menggetahui lebih lanjut sila ke http://www.tgbalaujhr.com/
Labels:
Balau
Jan 6, 2012
SELAMAT BERTANDING PARA SURFER
Pantai Tanjung Balau
Selamat bertanding para peluncur air, terutama peluncur dari tanjung balau. Walaupun ramai peserta dari luar yang hebat - hebat terutama dari Indonesia, namum saya percaya ini tidak mematahkan semangat anak tempatan. Kita tahu bahawa Indonesia mempunyai ombak yang cantik dan besar terutamanya di bali, kita di Malaysia tidak terdapat ombak seperti itu, namum tidak bermakna peluncur kita tidak hebat. Buktikan yang Malaysia Boleh, kita juga boleh..
Labels:
Balau
Jul 31, 2011
SELAMAT BERPUASA PARA SURFER
Selamat datang ramadhan, kepada para - para surfer jangan tidak puasa pulak, bulan puasa nie ombak boleh tahan untuk meluncur. Tahan - tahan la nafsu tu untuk sebulan je, lepas je abis puasa baru bleh sambung semula aktiviti meluncur k..
Selamat Berpuasa..
Dec 11, 2010
MANDI MATI LEMAS
Tadi di Buletin Utama 5 orang lagi mangsa lemas kerana mandi di pantai chendering ketika musim tegkujuh. sedangkan telah banyak papan tanda memberi amaran supaya tidak dibenarkan mandi, tetapi mereka tetap degil.
Sebenarnya inilah sikap warga Malaysia. Sebagai contoh di tempat saya, papan tanda amaran tidak dipandang padahal kaum keluarga berkelah bersebelahan papan tanda tersebut, malahan papan tanda menjadi tempat menyidai tuala yang basah.
Kekadang sehingga life guard memberi amaran melalui pembesar suara supaya jangan mandi namun ada saja yang berdegil, mereka memberi alasan pandai berenang, datang dari jauh untuk mandi tapi bila sampai tidak dibenarkan mandi dan bermacam - macam lagi. Namum apabila lemas, life guard jugalah yang menyelamatkan mereka.
Banyak jugak kes lemas di tempat saya, antara kes yang saya ingat apabila pelajar UiTM datang untuk berkelah, sudah tidak dibenarkan mandi namun ada yang berdegil dengan memarahi life guard kerana mereka pandai berenang, namum tidak sampai 1 jam pelajar tersebut lemas iaitu seramia 4 orang namum life guard hanya berjaya menyelamatkan 2 orang saja, baru lah mereka menanggis merayu minta maaf dan berjanji tidak mahu engkar arahan tapi nak buat macam mana 2 orang lagi kawan mereka tidak dapat diselamatkan nyawa nya hanya tubuh badan saja yang dapat diselamatkan.
Datang tempat orang kena dengar cakap orang tempatan,. Jangan kurang ajar buruk padahnya, Nyawa tidak boleh di ganti...
Nov 27, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)







